Pangkalan Data Biojisim dan Biogas bagi Industri Sawit di Malaysia merupakan satu sistem pangkalan data bagi pengumpulan maklumat keterdapatan biojisim sawit yang tersedia daripada kilang kelapa sawit dan ladang.
Status terkini penggunaan dan pengkomersilan produk berasaskan biojisim sawit turut disemak. Sistem ini juga merangkumi data berkaitan efluen kilang sawit (POME) dan aktiviti pemerangkapan biogas dan bio-kompos di kilang kelapa sawit.
Borang kaji selidik ini perlu diisi oleh pelesen setahun sekali (Januari-Mac) dan data yang dilaporkan adalah data yang terkini. Sebagai contoh, bagi Sesi 2023 data yang perlu dilaporkan adalah data bagi tahun 2022 (bermula Januari sehingga Disember 2022).